Tuesday, August 7, 2012

Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja)


1. Hasil
· Wang yang diterima atau yang akan diterima pada masa depan
· Hasil Kendalian Perniagaan.
-hasil drp kegiatan UTAMA perniagaan.
-Contoh: jualan barang niaga, perkhidmatan(doctor),sewa harta
benda( kedai sewa kereta, pita video,sewa kanopi dll)
· Hasil Bukan Kendalian Perniagaan
-hasil daripada perkara yang tidak berkaitan dengan aktiviti
utama perniagaan.
-Contoh:faedah simpanan Bank, sewa diterima, dividen diterima,
untung drp jualan aset bukan semasa.


2. Belanja
· Ialah kos perkhidmatan atau barang yang dibayar atau akan
dibayar apabila menjalankan perniagaan dengan bertujuan untuk
mendapatkan hasil bagi sesuatu perniagaan.
· Belanja Kendalian perniagaan
-belanja yang terlibat dalam pengendalian harian perniagaan
seperti alat tulis, belanja am, gaji, iklan, sewa dibayar, dll.
· Belanja bukan Kendalian perniagaan.
- belanja yang tidak berkaitan dengan pengendalian harian yang
biasa bagi perniagaan seperti faedah pinjaman, rugi atas
pelupusan aset, kerugian akibat kebakaran, kecurian, dll.


3. Aset
· Harta benda yang dimiliki oleh perniagaan dan mungkin
mempunyai bentuk fizikal.( kenderaan, premis, perabot dll) atau
yang tidak mempunyai bentuk fizikal seperti penghutang.

· Aset Bukan semasa
-ialah aset yang tahan lama yang digunakan untuk menjalankan
perniagaan dalam jangkamasa yang panjang. Contohnya:
kenderaan, mesin dll)
-Bukan untuk dijual semula dengan harapan mendapatkan
keuntungan( bukan untuk keuntungan perniagaan)
· Aset Semasa
-Aset yang boleh bertukar menjadi tunai dalam tempoh masa
yang singkat biasanya setahun atau satu tempoh masa
perakaunan. Contoh: Bank, tunai ,stok, penghutang ,Belanja
terdahulu, hasil Terakru dll.


4. Liabiliti
· Ialah hutang perniagaan yang perlu dijelaskan dengan wang,
barang, atau perkhidmatan.
· Liabiliti Bukan semasa
-ialah hutang yang dibayar balik dalam satu jangka masa yang
panjang iaitu lebih daripada satu tempoh perakaunan.
-Contoh: pinjaman, pinjaman bercagaran, gadai janji dan
debenture.
· Liabiliti Semasa.
-ialah hutang yang dibayar balik dalam tempoh yang singkat ,
iaitu kurang daripada satu tahun.
-Contoh: Overdraf Bank, Belanja Terakru,Hasil terdahulu,
Pemiutang dll.

5. Ekuiti Pemilik
· Ialah hutang perniagaan kepada pemilik perniagaan yang terdiri
daripada modal yang dilaburkan oleh pemilik dan untung yang
diperolehi daripada aktiviti perniagaan.



6. Penyata Pendapatan
· Ialah penyata kewangan yang meringkaskan kesan kegiatan
perniagaan. Sama ada kesan urusniaga tadi akan menunjukan
keuntungan ataupun kerugian bagi sesuatu perniagaan. ( Hasil di
padankan dengan Belanja)
· Jika Hasil melebihi belanja maka keuntungan yang akan
diperolehi. Manakala jika Belanja melebihi hasil maka kerugian
yang akan dihadapi.


7. Kunci Kira Kira
Contoh Kunci Kira Kira tanpa pelarasan BENTUK T


8. Persamaan Perakaunan
· Persamaan perakuanan tanpa mengambil kira hasil dan belanja
Aset = Ekuiti Pemilik + Liabiliti

· Persamaan perakaunan dengan mengambil kira hasil dan belanja



Aset= Liabiliti + Ekuiti Pemilik
MAkA
Aset = Liabiliti + Modal + untung bersih
MAKA
Aset = Liabiliti + modal + hasil - belanja









No comments:

Post a Comment