Tuesday, August 7, 2012

Persekitaran Perakaunan Di Malaysia


Persekitaran Perakaunan di Malaysia
· Sejarah perakaunan di Malaysia
- Permulaan menyimpan rekod
- Rekod perakaunan yang paling awal adalah di Babylonia pada tahun
3500 SM.
-2300 M dibuat atas kepingan tanah liat
-400 SM. Rekod dibuat atas papyrus, iaitu kertas dan calamus(pen).
-Sistem kewangan telah digunakan dan urusniaga direkod dengan
menggunakan nilai wang pada abad ke 5 dan ke 6 SM.
-Abab ke 7 dan ke 11 sistem angka telah digunakan oleh orang India.
- Permulaan catatan bergu
-Bermula di Itali selaras dengan perkembangan perdagangan yang
pesat di Bandar Itali pada tahun 1200-1500 M. Dikenali sebagai
Kaedah Venice
-Luca pacioli seorang rahib francisca berbangsa Itali merupakan bapa
perakaunan.Beliau telah menerbitkan buku matematik yang
menerangkan tentang kepentingan peraturan simpan kira yang
digunapakai sehingga hari ini.
- Perkembangan sistem Perakaunan
-Revolusi perindustrian di England, pada pertengahan abad ke 18 telah
memperkembangkan perdagangan dan perakaunan. Penyediaaan akaun
lejar dan penyediaan penyata kewangan dibincangkan dan
diperkenalkan.
-Pada abad ke 19, syarikat yang besar bermodal besar ditubuhkan.
Kerajaan telah menggubal perundangan untuk melindunggi semua
syarikat yang terlibat.
-Syarikat diwajibkan menyediakan laporan perakaunan dalam bentuk
penyata kewangan tahunan berdasarkan piawaian perakauanan minimum
-Sejak tahun 1900, bidang perakaunan telah mencapai taraf
professional. Beberapa badan perakaunan professioanal ditubuhkan
untuk:
iv) menentukan taraf minimum untuk kelayakan professional
v) membentuk kod etika akauntan
vi) memastikan kod ini dipatuhi.


· Badan Badan Perakaunan di Malaysia
- Badan Penggubal Piawaian( MASB)
-Pengenalan kepada MASB ( Malaysia Accounting Standard Board)
-Ditubuhkan dibawah akta Laporan Kewangan 1997 ( Financial
reporting Act 1997)- sebuah badan bebas untuk membentuk dan
menerbitkan piawaian laporan kewangan di Malaysia.
-Antara tugas dan kuasa MASB
i) menerbitkan penyata penyata prinsip ( Statement of
Principles)bagi kegunaan dalam penyediaan laporan
kewangan
ii) menaja atau membentuk piawaian yang mungkin.
-Menerbikan piawaian perakaunan yang baru.
-Badan Professional
-Khidmat nasihat awam.
-Mengenalpasti skop dan aplikasi piawaian

KITARAN PERAKAUNAN


Aset, Liabiliti, Ekuiti Pemilik, Hasil dan Belanja)


1. Hasil
· Wang yang diterima atau yang akan diterima pada masa depan
· Hasil Kendalian Perniagaan.
-hasil drp kegiatan UTAMA perniagaan.
-Contoh: jualan barang niaga, perkhidmatan(doctor),sewa harta
benda( kedai sewa kereta, pita video,sewa kanopi dll)
· Hasil Bukan Kendalian Perniagaan
-hasil daripada perkara yang tidak berkaitan dengan aktiviti
utama perniagaan.
-Contoh:faedah simpanan Bank, sewa diterima, dividen diterima,
untung drp jualan aset bukan semasa.


2. Belanja
· Ialah kos perkhidmatan atau barang yang dibayar atau akan
dibayar apabila menjalankan perniagaan dengan bertujuan untuk
mendapatkan hasil bagi sesuatu perniagaan.
· Belanja Kendalian perniagaan
-belanja yang terlibat dalam pengendalian harian perniagaan
seperti alat tulis, belanja am, gaji, iklan, sewa dibayar, dll.
· Belanja bukan Kendalian perniagaan.
- belanja yang tidak berkaitan dengan pengendalian harian yang
biasa bagi perniagaan seperti faedah pinjaman, rugi atas
pelupusan aset, kerugian akibat kebakaran, kecurian, dll.


3. Aset
· Harta benda yang dimiliki oleh perniagaan dan mungkin
mempunyai bentuk fizikal.( kenderaan, premis, perabot dll) atau
yang tidak mempunyai bentuk fizikal seperti penghutang.

· Aset Bukan semasa
-ialah aset yang tahan lama yang digunakan untuk menjalankan
perniagaan dalam jangkamasa yang panjang. Contohnya:
kenderaan, mesin dll)
-Bukan untuk dijual semula dengan harapan mendapatkan
keuntungan( bukan untuk keuntungan perniagaan)
· Aset Semasa
-Aset yang boleh bertukar menjadi tunai dalam tempoh masa
yang singkat biasanya setahun atau satu tempoh masa
perakaunan. Contoh: Bank, tunai ,stok, penghutang ,Belanja
terdahulu, hasil Terakru dll.


4. Liabiliti
· Ialah hutang perniagaan yang perlu dijelaskan dengan wang,
barang, atau perkhidmatan.
· Liabiliti Bukan semasa
-ialah hutang yang dibayar balik dalam satu jangka masa yang
panjang iaitu lebih daripada satu tempoh perakaunan.
-Contoh: pinjaman, pinjaman bercagaran, gadai janji dan
debenture.
· Liabiliti Semasa.
-ialah hutang yang dibayar balik dalam tempoh yang singkat ,
iaitu kurang daripada satu tahun.
-Contoh: Overdraf Bank, Belanja Terakru,Hasil terdahulu,
Pemiutang dll.

5. Ekuiti Pemilik
· Ialah hutang perniagaan kepada pemilik perniagaan yang terdiri
daripada modal yang dilaburkan oleh pemilik dan untung yang
diperolehi daripada aktiviti perniagaan.



6. Penyata Pendapatan
· Ialah penyata kewangan yang meringkaskan kesan kegiatan
perniagaan. Sama ada kesan urusniaga tadi akan menunjukan
keuntungan ataupun kerugian bagi sesuatu perniagaan. ( Hasil di
padankan dengan Belanja)
· Jika Hasil melebihi belanja maka keuntungan yang akan
diperolehi. Manakala jika Belanja melebihi hasil maka kerugian
yang akan dihadapi.


7. Kunci Kira Kira
Contoh Kunci Kira Kira tanpa pelarasan BENTUK T


8. Persamaan Perakaunan
· Persamaan perakuanan tanpa mengambil kira hasil dan belanja
Aset = Ekuiti Pemilik + Liabiliti

· Persamaan perakaunan dengan mengambil kira hasil dan belanja



Aset= Liabiliti + Ekuiti Pemilik
MAkA
Aset = Liabiliti + Modal + untung bersih
MAKA
Aset = Liabiliti + modal + hasil - belanja









Konsep dan Prinsip Dalam Perakaunan


1. Wang sebagai Ukuran
- Semua urus niaga perniagaan direkod dan dilaporkan dalam nilai wang; Ringgit Malaysia (RM).
2. Prinsip Catatan Bergu
- Setiap urus niaga harus direkod di sebelah debit dan kredit dengan jumlah dan tarikh yang sama di dalam sekurang-kurangnya dua akaun.
3. Entiti Berasingan
- Sesebuah perniagaan dianggap sebagai satu unit yang tersendiri dan terpisah dengan pemiliknya dari segi perakaunan.
4. Tempoh Perakaunan
- Pembahagian hayat perniagaan kepada suatu jangka masa yang tetap bagi tujuan laporan perakaunan.
5. Kos Sejarah
- Kos belian yang direkod kekal dalam buku perakaunan tanpa mengambil kira perubahan nilai dalam pasaran.

6. Berterusan
- Perniagaan diandaikan wujud untuk jangka masa yang panjang.
7. Pemadanan
- Kos sebenar yang terlibat dibandingkan dengan hasil yang diperoleh untuk suatu tempoh tertentu.
8. Ketekalan
- Kaedah perakaunan yang sama digunakan secara berterusan untuk setiap tempoh perakaunan.
9. Materialiti
- Suatu catatan perakaunan dianggap material sekiranya keciciran butiran tersebut memberikan kesan terhadap penyata kewangan.